26 May 2019

Trust Me

Assalamualaikum dan salam mesra.

Lama betul rasanya tidak menulis di blog ini. Sejak berhenti kerja 3 tahun yang lalu, Kak Wan sibuk uruskan bisnes sendiri. Pada peringkat awal bisnes, macam-macam hal perlu dibuat, banyak ilmu bisnes yang perlu dipelajari dari hari ke hari.

Pengalaman bekerja makan gaji selama 20 tahun tak menjadikan Kak Wan seorang yang pandai menguruskan bisnes. Tambahan pula sekarang ni bisnes tak macam dulu. Kalau dulu kita boleh approach sesiapa saja untuk beritahu pasal barangan kita. Orang nak, belilah. Kalau tak nak, it's okay. Tapi business trend sekarang ni dah jauh berubah. Peniaga harus pandai memilih siapa yang benar-benar perlukan barangan yang dia jual. Kemudian, kena tarik perhatian dan minat mereka sehingga mereka sanggup membeli.

Kata kebanyakan mentor bisnes, peniaga harus pandai tarik perhatian bakal pelanggan untuk KNOW mengenai produk atau servis yang kita ada. Kemudian, tarik perhatian mereka supaya mereka LIKE apa yang kita tawarkan. Apabila kedua-dua ini wujud, maka akan terbinalah TRUST, iaitu kepercayaan bakal pelanggan terhadap jenama atau produk dan servis kita. Bila dah ada kepercayaan, maka mudahlah untuk kita jual apa yang kita ada.

Sebenarnya perjalanan bisnes ini lebih kurang sama macam hubungan manusia. Sebelum anda ambil keputusan untuk berkahwin, sudah tentu anda melalui proses mengenali satu sama lain, kemudian timbul rasa suka, dan lama kelaman datangnya rasa percaya. Baru buat keputusan nak kahwin kan?

Semua ini adalah proses yang panjang. Namun, ada juga peniaga yang bijak mengatur strategi sehingga mereka popular dan meningkat jadi jutawan dengan cepat. Ada yang kurang dari 1 tahun. Tapi, mereka ini bukanlah seperti peniaga biasa. Mereka adalah orang yang berusaha gila-gila. 

Sayangnya, setelah 3 tahun berlalu, Kak Wan masih belum jadi orang yang macam tu. Hik hik.

.

Wan Fazlina Wan Fhuad,
teringin nak jadi orang gila bisnes.

No comments:

Post a Comment