04 June 2019

5 Tips Bahagia Beraya Dengan Mertua

Kebanyakan wanita akan rasa berdebar dan tak senang hati apabila tiba giliran beraya di rumah mertua.

Sama ada anda adalah menantu kesayangan atau tidak, perasaan dalam hati tu tetap tak sama macam beraya dengan mak sendiri kan.

Di bawah ini akak kongsikan tips untuk bantu anda rasa bahagia ketika bersama mertua.

.

1. Berikan hadiah

Sesekali berikanlah hadiah kepada mertua. Tak semestinya mahal, tapi berikan sesuatu yang berguna untuknya. Pemberian yang ikhlas pasti membuatkan mertua anda rasa diberi perhatian.

2. Jaga sikap

Biarpun kadangkala sikap ibu mertua menjengkelkan, jangan tunjuk rasa menyampah itu di hadapannya. Berpura-pura pun tidak mengapa, asal dapat merubah keadaan jadi lebih baik.

3. Lakukan kerja rumah

Usah berkira untuk lakukan kerja rumah seperti memasak, mengemas, membersihkan, atau apa saja yang mertua suka. Wanita yang rajin selalunya akan beri impak positif pada orang tua.

4. Bersikap baik dengan suami

Tunjukkan kepada mertua bahawa anda melayan anaknya dengan baik. Biar dia tahu bahawa anda adalah wanita yang tepat untuk anaknya. Kalau rasa nak bertengkar, jauhkan dari pandangan ibunya.

5. Cuba minta pendapatnya

Jika anda hadapi masalah, sesekali cuba minta pendapatnya. Walaupun pendapat itu tidak membantu, tapi cara ini akan membuat ibu mertua anda rasa diperlukan.

.

Semoga tips ini dapat membantu ya. Kongsikan dengan sahabat anda yang lain juga.

.

Wan Fazlina Wan Fhuad,
belum teringin nak ada mertua.

No comments:

Post a Comment