22 July 2019

7 Tempat Menarik di Johor Yang Wajib Anda Kunjungi


Korang tahu tak kat Johor ni ada banyak tempat menarik yang sangat sesuai untuk korang kunjungi bersama keluarga dan rakan-rakan. Ada air terjun, pantai yang menarik, taman tema air terbesar, taman Negara, tempat membeli-belah, semuanya ada lengkap di sini.

Sama ada korang nak datang bersama keluarga, berpasangan atau pun dengan rakan-rakan, semua lokasi ini pasti memberikan kenangan manis buat semua. Jom kita lihat tempat-tempat ini.

.

1. Johor Premium Outlet

Yang ini adalah tempat feveret hakak-hakak. Kalau bagi masa sehari suntuk pun belum tentu puas hati meronda di butik-butik berjenama kat sini. Ada pula butik yang bagi diskaun kaw-kaw. Maka beranak pinaklah beg hakak-hakak nanti.

JPO ni terletak di Kulai, Johor, bersebelahan dengan highway Utara-Selatan. Kalau korang plan nak buat surprise kat mak dan isteri kesayangan, bawalah mereka datang sini dalam bulan Disember. Time ni korang boleh nampak diskaun besar-besaran sempena Year End Sale. Jadi, mula menabung dari sekarang ya.




2. Taman Negara Endau-Rompin

Jika korang sukakan aktiviti yang lebih mencabar, ajaklah rakan-rakan korang ke taman hutan lipur kedua terbesar di Semenanjung Malaysia.  Selain dari menikmati pemandangan hutan hijau dan keindahan air terjun, korang boleh lihat Badak Sumbu Sumatera kat sana. Spesis badak sumbu ini dah semakin pupus tau.

Antara aktiviti yang korang boleh buat kat sini ialah night walk, night track, water tubing, mandi air terjun, dan banyak lagi.



3.  KUSO 3D Art Gallery

Di galeri ini korang boleh tengok pelbagai lukisan mural 3D yang sangat menarik untuk korang yang minat berfoto-foto. Tempat ni korang kena datang dengan geng, barulah boleh buat segala macam aksi fotogedik dan fotogenik bersama-sama.
Konsep galeri ini lebih kurang sama saja dengan muzim 3D yang ada di Malaysia Cuma lukisan yang dipamerkan itu ada berbeza. Datang dulu baru tau!


4. Bazar Karat


Ini memang tempat wajib bagi orang muda. Yang veteran pun boleh datang Cuma tempat ini agak ‘crowded’ dan jualan bersepah. Takut ada yang terleka tengok barang, kaki tersadung pula nanti. Mana taknya, tempat ni bukan jual segala jenis barangan saja tau. Ada persembahan dari geng busker juga. Suara dorang ni padu beb!



5. Desaru Fruit Farm

Sekiranya korang ingin bawa keluarga bercuti santai dan merasai suasana kampung, apa kata korang datang ke Desaru Fruit Farm. Kat sini ada pelbagai jenis pokok buah-buahan tempatan yang boleh diperkenalkan kepada anak-anak.  Kalau suka aktiviti lasak, boleh ambil pakej menunggang ATV masuk kebun buah. Jangan risau, aktiviti ini akan ditemani oleh seorang jurupandu terlatih. Nak main paint ball dan go kart pun boleh.



6. Desaru Ostrich Farm

Ladang burung unta ini sesuai dikunjungi bersama anak-anak. Terdapat lebih dari 300 ekor burung unta yang ditempatkan di sini. Kanak-kanak pasti excited dan gembira dapat tengok gelagat burung-burung ini dengan lebih dekat.

Kat sini ada ditunjukkan demo memecahkan telur burung unta. Bayangkan macam mana dorang nak pecahkan telur haiwan yang terbesar di dunia ini kan. Kalau nak rasa daging unta dan telur dadar burung unta pun boleh. Kat sini ada jual semuanya. Seronok!



7. Desaru Coast Adventure Water Park

Taman tema air yang terbaru di negeri Johor ini menjadi tarikan ramai dengan ‘water slide’ yang bertaraf dunia dan ‘roller coaster’ yang menjunam dari ketinggian 30m terus ke dalam kolam air. Memang best sangat beb! Oh ya, korang tahu tak kat sini ada ‘wave pools’ yang luas dan alunan ombaknya tu terasa bagai ada di tengah lautan pasifik.

Korang wajib datang sini cuti sekolah nanti ya. Tiket masuk ke taman tema ini untuk pemegang MyKad adalah RM130 untuk dewasa dan RM96 untuk kanak-kanak dan warga emas (MyKad). Tapi, korang boleh dapatkan harga special bila korang ambil pakej penginapan 3 hari 2 malam di Ghazrin’s Budget Hotel Pengerang. Jimat banyak tau. Jarak dari hotel ke taman tema ini hanya 30km sahaja.

Untuk pertanyaan dan tempahan, boleh terus whatsapp di sini https://ghazrinpengerang.wasap.my




No comments:

Post a Comment