Hai semua...
Rasanya dah lama sgt aku tk update blog ni. Asyik bertangguh je dari minggu ke minggu, sampai la berbulan-bulan. Korang jangan ingat orang bujang ni tak sibuk tau hehehehe
Sementara ada masa ni, aku nak update korang pasal trip aku ke Bandung dari 27-30/6/10. Kali ni aku p dgn family. Saja nak bawak mak shopping kat sana. Gah sangat dok dengar org cerita Bandung ni syurga beli-belah. Jom tengok aktiviti aku di sana.....
Kami p sana dengan pakej Go Holiday Air Asia. Flight dengan hotel sekaligus. Flight Air Asia Indonesia ni taklah selesa cam flight local. Seat buruk, air-cond tak sejuk, meja lipat pun patah, FA pun tak hensem hehehehehe
Perjalanan dari KL ke Bandung amik masa dalam 2 jam, kami bertolak jam 9.35 pagi dan sampai sana jam 10.35 pagi sebab perbezaan masa, Indon lambat 1 jam dari Malaysia.
Sampai sana kami terus amik teksi untuk ke Golden Flower Hotel. Pihak hotel memang sediakan pick-up service dari hotel-airport-hotel tapi disebabkan perbezaan masa dengan Malaysia, dorang lambat jemput kami dari airport. So, kami terpaksa naik teksi airport ke hotel. Kat sini teksi airport bukan limo tau, tp lemauuuu hahahahaha buruk nak mampus. Aku rasa cam naik besi buruk je. Driver kat sana lak... mak oiiiii semua cam 'racer'... pening lalat aku dibuatnya!!
(bagi tips lebih, lagi tambah budi bahasa)
Ni pandangan dari dalam bilik hotel. Cantik dan sangat selesa. Room service pun bagus.
Lepas check-in, kami rehat jap dalam bilik. Mak dgn abah kat bilik bertentangan, kami bertiga pulak dalam satu bilik. Masa ni masing-masing memang pening lalat angkara naik teksi F1 tadi. Lepas zohor, kami jalan kaki ke Pasar Baru... 5 min dah sampai.
Memang sesak gila.....
Pasar Baru ada 6 tingkat deretan kedai. Rasanya kalau nak p tiap-tiap kedai, mungkin 3 hari baru abis jalan hehehehehe
Naik tingkat 2... semua kedai jual kain telekung dan pakaian muslimah. Apa lagi... mak terus brek emergency kat NAFC ni. Kedai ni memang besar dan menjual kain telekung yang pelbagai jenis dan kualiti. Harga semua ribu dan juta hahahahaha Hajjah Che Puteh pening tekan kalkulator la.....
Masa ni aku p ronda-ronda saja, tak shopping apa-apa, sekadar buat tinjauan
(sebenarnya dah pening tengok terlalu ramai manusia dalam tu)
Mak borong telekung banyak gak la... nak bagi hadiah kat kawan-kawan di kampung katanya. Aku dgn abah yang letih kena usung beg telekung yang banyak dan berat bangat! Sebagai upahnya, mak belanja makan kat Food Court di tingkat 5 hehehehe
Macam-macam menu ada dijual kat sini, tapi semua menu yang aku tak pernah dengar sebelum ni. Jadi kami pilih je ikut gambar-gambar makanan yang ada. Bila sampai makanan, semua lebih kurang je rupanya....
orang Indon berbudi bahasa, diorang memang lebih berbudaya dari kita Malaysians :)
ReplyDelete