13 February 2011

2011 : Beijing - Hari 2

23 Jan 2011 - Hari Kedua (Ahad)

Selepas sarapan di hotel, kami dijemput oleh Tracy untuk memulakan program pertama hari ini. Bergambar di lobi hotel dengan Tracy sebagai kenangan.
Mungkin korang tak kenal siapakah orang dalam bungkusan hitam ni kan? Kalau tengok mata..... ada gak iras-iras Rani Mukherjee hehehehe. Walaupun bertutup litup (istilah untuk orang alim), tapi dari saiz yang straight cut tu takkan la korang tak kenal kan?



Program hari ini bermula dengan lawatan ke Tian An Men Square dan Forbidden City. Tempat ni tak jauh dari hotel kami. Masa naik van.... semua excited tak sabar-sabar nak berjalan-jalan. Bila turun je dari van, kami dibekalkan sorang sebotol air mineral, kata Tracy tempat yang kami nak p ni besar, kena jalan jauh, sebab tu kena bawak air bagi menghilangkan haus. Aku boh je sebotol dalam poket jacket. Lepas 30min aku nak minum.... tengok-tengok dah jadi ais huhuhu

Bergambar di Tian An Men Square. Tempat ni memang luas sangat. Mungkin 3 kali ganda Dataran Merdeka.

Dah sejuk sangat ni....sampai bengkok badan hihihihihi (ada gaya duta tayar michelin tak?)


Kami berlatar belakang Forbidden City. Dah abis jalan Tian An Men Square nanti baru bleh berjalan kaki ke sana lak.

Sesi panaskan badan.....

Berjalan kaki melalui laluan bawah tanah untuk menyeberangi jalan ke Forbidden City. Sepanjang jalan Tracy akan bercerita tentang sejarah tempat yang kami p.
Ni dah sampai kat depan Forbidden City. Penat gak berjalan tadi. Leh tahan jauh. Sib baik cuaca teramat sejuk (-10c), maintain je bau perfume di badan. Topeng hidung tu baru je beli kat peniaga tepi jalan tu. RMB10 (RM10) sehelai, nipis je, tapi memang kalis sejuk dan kalis suara ngeh..ngeh..ngeh...

Di persekitaran luar Forbidden City. Nampak bangunan merah di belakang tu? Itulah Forbidden City, nampak dekat tapi sebenarnya jauh lagi tuuuuu

Kaunter menjual tiket masuk ke Forbidden City. Tiket dijual dengan harga 40yuen (RM20) tapi kami takyah bayar....semua dah termasuk dalam pakej. Tour guide yang p beli tiket untuk kami.

Melangkah masuk dalam kawasan ni, ada gerai-gerai jual souveniers. Harga lebih mahal dari kat tempat acrobatic tu.

Inilah Forbidden City, tempat tinggal maharaja China pada 500 tahun yang lalu.

Ukiran dan rekabentuk bangunan ni memang unik dan cantik sangat. Bayangkan bagaimana pembinaan zaman dulu dibuat sedangkan masa tu belum ada peralatan moden macam sekarang ni kan?
Pintu gerbang besar ni sebenarnya menjadi penghubung antara satu tempat ke tempat yang lain dalam istana maharaja. Rasanya ada 3 @ 4 pintu gerbang, nampak cam sama je tapi kalau diteliti akan ternampak perbezaan dari segi ukiran di dinding pintu masuk berkenaan.

Tracy memang tak jemu bercerita tentang sejarah silam tempat ni. Sebelah telinga je aku dengar....yang sebelah lagi memang dah tersumbat sebab terlalu sejuk. Tapi si Tracy ni rileks je dengan cuaca kat sini. Bila aku intebiu dia.... rupa-rupanya kampung dia kat tempat eskimo nun.... sejuk sepanjang tahun. Patutlah dia cam biasa je time ni....

Walaupun ada cahaya matahari, namun tak terasa langsung panasnya. Sikit pun tak. Malah lubang hidung ni sentiasa berair sebab terlampau sejuk tahap gaban.

Ni kat taman tempat maharaja dan maharani berehat. Pokok kat belakang kami tu berumur 100 tahun, dah masuk kategori warga emas hihihi

Kat laluan yang menghubungkan istana, taman dan bilik tidur maharaja dan maharani. Jauh lagi nak sampai ke bilik tidur tau. Perlu melalui berpuluh-puluh bilik yang didiami oleh gundik-gundik maharaja.

Keluar dari Forbidden City, kami berjalan kaki untuk ke kedai menjual kasut boots. Kawan-kawan aku nak beli kasut UGG untuk nak main snow esok. Kasut yang dorang pakai tu tak bleh tampung kesejukan. Sib baik aku pakai hiking shoes, ok je dalam cuaca sejuk. Tapi stokin 2 pasang la.
Nak melintas jalan ke kedai jual kasut. Ni bukan tempat shopping dalam program. Kami yang request Tracy bawa ke kedai kasut ni.

Dah melintas....Walaupun lampu hijau untuk melintas, kena tengok kereta kiri kanan gak tau. Dorang kat sana tak ikut lampu, jalan ikut suka hati je. Kalau tak tengok kiri kanan, boleh bersepai gigi kat atas jalan tu.

Haaaa... ni kedainya. Macam-macam jenis boots dijual kat sini. Pilih je yang mana. Harga mahal gak sebab kedai ni kat depan Forbidden City, bukan kat plaza beli-belah biasa. Cam biasa...kena tawar betul-betul. Tracy pun tolong bargain untuk kami.

Pas beli kasut, kami dibawa ke restoran ni untuk lunch. Ntah apa yang ditulis kat atas tu pun aku taktau, yang pasti.....warna hijau tu untuk restoran muslim.

Setiap waktu makan kami dihidangkan dengan teh cina. Aku cuma acah je pegang cawan teh tu, sebenarnya aku tak selera langsung minum teh cina. Aku order coke dan bayar sendiri je.

Nampak sedap kan? Hari kedua kat Beijing, memang berselera makan masakan sana. Tak pedas, tapi sedap gak sebab masih excited dengan masakan cina. Kami dibawa ke restoran berlainan pada setiap kali waktu makan. So memang tak boring tengok restoran.
Menu hari ini.....ikan goreng manis (bukan ikan masin tau), ayam goreng bijan, batang saleri goreng campur ayam dan sos tiram, sayur hijau goreng apa ntah dan sup sayur campur telur....blurp....blurp.....

Pas makan, dibawa ke masjid untuk solat zohor. Ni tempat amik wuduk... air panas tau. Terkejut tergempar bila terkena air panas....rasa cam kena siram dengan air yang baru masak dalam cerek. Yang 2 orang tu bukan watak sebenar tau, model gambar ni aje hihihihi

Rekaan dalam masjid Niujie. Cantik kan? Masjid kat Beijing ni memang mempunyai rekaan yang klasik dan seni pembuatan yang sangat cantik. Dan semua masjid yang kami singgah telah dilengkapi dengan kain telekung yang bersih, belum sekali pun kami terjumpa telekung masam cam kat RnR Tapah hehehehe


Seterusnya kami dibawa ke Silk Centre. Di sini adalah kilang membuat sutera. Semua proses menghasilkan kain sutera dilakukan di sini. Harga? Mahal gak....maklumlah kedai government, mesti nak cover komisen si amoi-amoi baju merah tu semua.

Kami diberi penerangan dari permulaan proses sampailah selesai jadi kain. Amoi kat depan aku tu yang dok bagi penerangan......non stop. Kalau kami pandang ke tempat lain je, dia terus panggil....HALLO....HALLO... HALLO.....
Lepas penerangan, mula la dorang nak paksa beli hehehehe sekalipun tanak beli apa-apa, kena ronda ke semua tempat tu dulu, tengok jelah apa yang patut, kalau tak..... si jurucakap tu akan panggil HALLO...HALLO....
Kat tingkat 1 ada jual baju-baju dan kain sutera. Aku beli kain sepasang untuk bonda kesayangan..... nak amik hati sebab dia yang topup duit aku pi Beijing tau (rahsia ni), harga kain yang aku beli 4meter harga RMB400. Kalau sesapa rasa nak hidup lama lagi kat dunia ni, boleh la beli cadar sutera yang dorang jual. Si amoi tu cakap....cadar sutera yang dorang jual ni boleh bertahan sampai 20 tahun, memang cantik, cuma harganya yang menjadikan aku tak cantik hehehehe


Lepas kilang sutera, kami dibawa pulak ke Tea Centre. Ni semua kedai kerajaan, tempat yang wajib dikunjungi oleh sesiapa saja yang datang melancong ke Beijing, tak kira la korang amik travel agent mana. Tak boleh tidak. Memang boring dan buang masa untuk kami yang tak suka dengar taklimat ni.


Ni tengah tunggu taklimat pasal teh cina lak. Memang bosan sangat...tapi kena dengar gak, takleh nak lari keluar, nanti driver tanak bawak van.

Ada 5 jenis teh yang diperkenalkan dengan khasiat yang berbeza. Satu tin tu harganya RM120. Mahal woooo tapi kalau betul dengan khasiatnya, memang berbaloi. Kami beli gak sorang satu tin sebab kena paksa. Selagi tak beli....selagi tu dok kena rasa teh yang macam-macam jenis ni. Selagi tak beli......lambat lagi la nak dapat keluar dari tempat ni huhuhu

Lepas Tea Centre, kami ke masjid untuk solat Asar. Oleh kerana kami dah buat jamak masa zohor tadi, kami singgah masjid ni untuk p toilet dan bergambar je. Masjid kat sana semuanya berumur beratus tahun, memang penuh sejarah dan binaan yang unik. Rugi kalau kita tak tengok senirekanya. Tengok kami.....bersemangat tau nak masuk masjid hehehehe gaya cam nak p join rusuhan je (apesal la camera woman ni fokus kat bumper belakang lak....)

Nampak tak ketulan hitam yang besar kat dalam ni? Aku ler tu.....tinggal biji mata je....terlampau sejuk. Nak bernafas pun susah.

Lepas melawat masjid tu, kami pujuk driver dan tour guide untuk bawa kami ke kedai beli winter jacket. Jacket kami yang sediada tu tak bleh tampung kesejukan di sana. Jacket kami kalis air tapi tak kalis angin. Walaupun kami dah pakai 3 @ 4 helai baju kat dalam tu, masih sangat sejuk. So, terpaksa beli jacket baru. Lagipun, kami dimaklumkan oleh tour guide, esok suhu akan lebih sejuk sebab kami akan ke Great Wall dan main snow.

Kedai ni bukan plaza untuk shopping, sini macam butik je. Driver tanak bawak ke tempat shopping sebab itinerary belum sampai waktu untuk shopping. Dorang ni memang strict betui la. Nak tanak kami kena beli gak jacket kat sini. Ini pun dah kira bernasib baik sebab driver nak gak singgah. Jaket kat sini memang cantik dan berkualiti, cuma susah nak bargain kaw-kaw sebab ni butik. Kami semua beli sorang satu, warna yang terang benderang.... esok baru leh pakai.

Lepas beli jacket, kami dibawa ke restoran untuk dinner. Kali ni aku dah tak amik gambar, lauk sama je walaupun restoran berbeza. Kepala dah mula pening asyik makan lauk pauk dengan sos tiram dan minyak bijan....

Malam kedua.... kami tak lelap tido gak.... nak tau pasal apa? Pasal aku la..... aku off air-cond dan aku on heater semaksimum mungkin. Mandi peluh pulak......Sampai kul 2.30 pagi kami berdua tak dapat tido.....berpeluh-peluh cam dalam sauna. Tiba-tiba Kak Mazni dapat alternatif baru.... yang mungkin ramai orang taktau...... hehehehehe buka pintu peti ais dan biar je ternganga sampai pagi wakakakakaka baru la boleh zZzZz

POST SEBELUM INI

1 comment:

  1. assalamualaikum

    nak tanya pasal khasiat teh cina tu? dah try minum ke blm? betul ke berkhasiat spt yg dikatakan dlm taklimat tu? mmg mesti kena beli ke?

    ReplyDelete