31 July 2011

Kuala Krai, Kelantan

Lupa lak aku nak bagitau korang yang aku ke Kuala Krai, Kelantan dari 4-6 Jun 2011. Ni la first time aku pi Kelantan drive sendiri, memang excited sangat nak test drive kat jalanraya yang dorang kata mencabar sangat tu. Actually aku tak plan nak pi sana, tiba-tiba je ada hal. Aku bertolak ke sana lebih kurang kul 7.30 pagi Sabtu, berkonvoi 2 kereta dan sampai Kuala Krai lebih kurang kul 3.00 petang. Oleh kerana kami bertolak awal pagi, jadi memang la kena benti 2-3 tempat untuk isi perut dan buang apa yang patut hehehe


Kami benti breakfast kat Pekan Raub, pekena nasi berlauk kat kedai hujung sekali di Medan Selera Mara, pastu kami teruskan perjalanan ke Kuala Krai. Jalan ke Kota Bharu-Kuala Krai ni memang takda highway macam nak balik Kedah tu, kena ikut jalan kampung dan kena drive slow and steady.

Sampai di Pekan Kuala Krai lebih kurang kul 3.00 petang, kami terus singgah Restoran Tanjung 3. Kedai ni betul-betul di depan jalan utama nak ke Pekan Kuala Krai, bersebelahan Klinik Rahimah. Mek kata restoran ni terkenal dengan ayam kampung, puyuh goreng dan gulai kawah.



Abg lebai dah jeling ambo.....



Ada macam-macam lauk-pauk yang dijual kat sini. Kita boleh pilih dan bayar ikut harga yang ditulis kat kertas pink tu. Harga pun murah.... nasi + lauk = RM2.50 - RM3.50 je bergantung berapa lauk yang kita nak. Nasi aku memang mahal sket la sebab nasi tambah, ayam tambah, kuah tambah, sayur tambah.... aku pilih set orang kaya, so kena bayar lebih hehehe selera melonjak betul bila aku tengok kakak yang bubuh nasi tu. Pas bungkus nasi dan lauk, kami terus balik ke rumah mek kat Kg. Sg. Durian.



Lepas makan nasi dan rehat kejap, aku terus ajak anak-anak Cik Ani gi mandi Sungai Sedek, dekat dengan rumah. Masa ni cuaca panas, air pun tak banyak. Tapi setakat nak lepas gian mandi sungai, best gak tau. Desyummmm.....



Lepas mandi sungai, kami balik rumah dan berehat. Memang letih dan lapar hehehehe malam tu aku dinner kat gerai tomyam di Stesen Bas Kuala Krai je. Makan nasi putih dengan tomyam ayam, sedap! Lupa lak nak amik gambar tunjuk kat korang.




Keesokannya, awal-awal pagi lagi aku dah gi kat kedai Kak Tie di sebelah rumah. Sini memang popular dengan Nasi Kerabu dan Nasi Berlauk. Kalau org Krai mmg tau sgt kedai Kak Tie. Masa kul 7.30 pagi tu.... kereta dah bersusun depan kedai, pelanggan pun dah beratur panjang. Sib baik aku takyah beratur sebab Kak Tie memang bagi keutamaan kat orang yang datang makan di gerai, yang nak bungkus, kena la beratur ye. Nasi Berlauk dan Nasi Kerabu kat sini memang yang paling sedap aku pernah makan. Perghhhhhhh!!!







Nasi lauk gulai daging dan ayam goreng. Sedap sesangatnyaaaaaaaaaa!!!

Nasi kerabu pun sedap! Aku rasa semuanya sedap-sedap belaka yang dijual kat sini. Mula-mula saspen gak nak beli makanan Kelantan ni, bukan apa, orang cakap orang Kelate masak manis-manis belaka, tapi sebenarnya langsung tak manis. Mungkin kalau korang beli kuih manis, memang sah la manis kan? Nasi berlauk Kak Tie ni memang menjadikan aku ketagih dan teringat-ingat. Aku dah siap-siap booking untuk esok lak hehehehe



Pas makan pagi, aku dibawa ke Pengkalan Kubor. Saja nak tengok tempat shopping yang popular ni. Perjalanan dari Sg Durian ke Pengkalan Kubor amik masa lebih kurang sejam, kalau tak jem.




Singboard kat tepi-tepi jalan......korang leh jumpa ke signboard camni kat negeri lain?


Dah dekat nak sampai Pengkalan Kubor, aku singgah kat tempat lawatan pelancong ni jap. Saja nak tunjuk kat korang.... patung Budha yang besar sangat ni. Tokong ni dah lama dibina dan masih menjadi tempat lawatan penganut Budha di seluruh dunia.



Lepas bergambar di sini, kami meneruskan perjalanan ke Pengkalan Kubor........



Aku park kereta kat depan kedai ni. Parking free dan berdepan dengan tempat membeli-belah.





Kawasan sini taklah besar sangat, tapi dengan cuaca yang panas terik, aku tak dapat nak jalan ke semua gerai. Barang-barang yang dijual kat sini sama je kat Bkt. Kayu Hitam dan Padang Besar tapi harga kat sini lebih mahal dari Kedah dan Perlis. Aku pun heran naper orang kata barang kat sini murah-murah sedangkan harga yang dorang bagi jauh lebih mahal, kualiti pun tak bagus sangat berbanding brg kt Pdg Besar Perlis.



Sedang syok shopping, terjumpa pulak dengan geng holiday aku ni. Rupa-rupanya dorang datang sini dari Terengganu.




Nampak cadar comforter yang aku beli tu? Harganya RM80 tapi kualiti kain teruk sangat. Masa beli aritu aku tak check pun, aku tengok dari luar plastik je. Dah balik KL baru tengok, kain dia nipis sangat, sekali basuh dah carik. Aku beli 1 comforter untuk aku dan 1 sudip panjang untuk mak kat Kedah. Sudip dan senduk kat sini guna tangkai kayu panjang, sesuai untuk mereka yang suka masak banyak-banyak hehehee


Lepas membeli, kami makan kat Gerai Kak Nah, warung kat depan tempat shopping tu, aku pekena semangkuk bihun sup dan kerabu megi. Fuhhhh kerabu megi memang sedap gila! Semangkuk dijual RM3.00 tapi memang sket sangat, kalau korang suka makan cam aku ni, kena beli 2 mangkuk ler.









Lepas makan, kami terus balik sebab Cik Ani dengan Ikhmal nak terus balik ke KL. Dalam perjalanan balik, terserempak dengan rombongan beca bawa pengantin ni. Menarik betul. Kami bertolak balik ke Kuala Krai lebih kurang jam 3.00 petang dan jalanraya memang jem teruk sebab ramai yang dari Kota Bharu nak balik ke KL. Hampir 4 jam baru kami sampai kat Sg. Durian......memang letih sangat.




Lepas maghrib, aku dinner kat umah je, makan nasi dengan gulai ayam dan ikan goreng panas-panas.....perghhhhhh memang sedap wooo! Keesokan pagi....aku sarapan kat Kedai Kak Tie lagi, siap bungkus extra untuk makan tengahari hehehehe. Arini aku ke kebun buah-buahan mek, lunch kat sana je.
Ni kat kawasan kebun. Luas.....dan ada banyak pokok buah-buahan yang ditanam. Sayangnya masa ni takda musim buah kecuali salak.



Durian baru nak mula membesar.....


Ni la rupa buah salak yang dipotong, rasanya manis dan kelat sket. Lepas lepak kat kebun, kami balik umah, mandi dan terus bertolak balik ke KL. Percutian yang singkat ni menjadikan aku ketagih Nasi Berlauk Kak Tie sampai sekarang.....huhuhuhu dan mungkin semua keseronokan ni takkan berulang lg.



2 comments:

  1. hoi org bujang. gmbr aku pak lebai tu. kiki. nk kena saman hak cipta muka terpelihara ni

    ReplyDelete
  2. Alamakkkk abe lebai ko? Nanti ambo tukar 'abe'.

    ReplyDelete