26 September 2019

Mengejar Kebahagiaan Tidak Menjadikan Kita Bahagia

Few years ago KO rasa tujuan hidup adalah untuk kebahagiaan. Tapi falsafah itu tak sesuai untuk semua orang. KO sedar bahawa kebahagiaan adalah hasil sampingan dari tindakan.

Bila kita spend time bersama orang yang kita sayang, kita rasa bahagia. Habiskan masa 4 tahun untuk dapat segulung ijazah, kita akan rasa bahagia setelah habis pengajian. Sesekali dapat beri idea yang bagus kat bos dan diterima pakai, mesti rasa bahagia. Dengar lagu favourite sambil bersenam pun bahagia.

Nampak? Kebahagiaan itu adalah hasil sampingan dari tindakan yang kita ambil. Namun ia tak kekal lama. It's a feeling that comes and goes. Mungkin ada orang yang rasa kita sentiasa boleh bahagia. Tapi bagi akak, kita boleh rasa bahagia dalam kebanyakan masa kita, tetapi bukan sepanjang masa. Mereka yang hidup bahagia juga pernah lalui saat-saat duka dan perit.

Bila kita rasa tak happy atau kecewa, tak bermakna kita kena lakukan apa saja untuk kembali rasa bahagia. Memaksa diri melakukan sesuatu akan menjadikan kita seorang yang hilang sabar. Bila terlalu mengejar kebahagiaan, kita perlukan lebih banyak keseronokan untuk puaskan keinginan.

Dalam buku Positive Emotion yang ditulis oleh 2 orang UC Berkly  professors, bercerita tentang ini;

"Mereka yang mengejar kebahagiaan akan meletakkan standard yang tinggi pada level kebahagiaan yang mereka ingin capai. Apabila tahap kebahagiaan itu tak sampai ke tahap yang mereka inginkan, rasa takut dan kecewa akan menghalang mereka untuk menikmati bahagia."


Alhamdulillah hari ini genap 43 tahun akak hidup di dunia ini. Akak sedar, bila kita tidak happy dengan sesuatu kerja, bertukar kerja lain bukan penyelesaian yang bagus. Berpindah kawasan juga tidak membantu. Apa saja yang kita lakukan, ke mana saja kita pergi, masalah tetap akan bersama kita jika kita tidak betulkannya dari dalam diri.

If you are unhappy, you don't have to fight for it. Terima kenyataan dan laluinya perlahan-lahan. Setiap perkara yang berlaku akan berlalu pergi bila tiba masa. Yang sedih, yang pedih, mahupun yang seronok dan indah, semuanya sementara.

Sometimes it's good, sometimes it's bad. Itulah lumrah kehidupan. Terima dengan redha. Namun bukan bermaksud kita tak dapat ubah kehidupan. Setiap hari, setiap masa kita ada peluang untuk jadikan hidup kita lebih baik.

Mula sekarang.

22 July 2019

7 Tempat Menarik di Johor Yang Wajib Anda Kunjungi


Korang tahu tak kat Johor ni ada banyak tempat menarik yang sangat sesuai untuk korang kunjungi bersama keluarga dan rakan-rakan. Ada air terjun, pantai yang menarik, taman tema air terbesar, taman Negara, tempat membeli-belah, semuanya ada lengkap di sini.

Sama ada korang nak datang bersama keluarga, berpasangan atau pun dengan rakan-rakan, semua lokasi ini pasti memberikan kenangan manis buat semua. Jom kita lihat tempat-tempat ini.

.

1. Johor Premium Outlet

Yang ini adalah tempat feveret hakak-hakak. Kalau bagi masa sehari suntuk pun belum tentu puas hati meronda di butik-butik berjenama kat sini. Ada pula butik yang bagi diskaun kaw-kaw. Maka beranak pinaklah beg hakak-hakak nanti.

JPO ni terletak di Kulai, Johor, bersebelahan dengan highway Utara-Selatan. Kalau korang plan nak buat surprise kat mak dan isteri kesayangan, bawalah mereka datang sini dalam bulan Disember. Time ni korang boleh nampak diskaun besar-besaran sempena Year End Sale. Jadi, mula menabung dari sekarang ya.




2. Taman Negara Endau-Rompin

Jika korang sukakan aktiviti yang lebih mencabar, ajaklah rakan-rakan korang ke taman hutan lipur kedua terbesar di Semenanjung Malaysia.  Selain dari menikmati pemandangan hutan hijau dan keindahan air terjun, korang boleh lihat Badak Sumbu Sumatera kat sana. Spesis badak sumbu ini dah semakin pupus tau.

Antara aktiviti yang korang boleh buat kat sini ialah night walk, night track, water tubing, mandi air terjun, dan banyak lagi.



3.  KUSO 3D Art Gallery

Di galeri ini korang boleh tengok pelbagai lukisan mural 3D yang sangat menarik untuk korang yang minat berfoto-foto. Tempat ni korang kena datang dengan geng, barulah boleh buat segala macam aksi fotogedik dan fotogenik bersama-sama.
Konsep galeri ini lebih kurang sama saja dengan muzim 3D yang ada di Malaysia Cuma lukisan yang dipamerkan itu ada berbeza. Datang dulu baru tau!


4. Bazar Karat


Ini memang tempat wajib bagi orang muda. Yang veteran pun boleh datang Cuma tempat ini agak ‘crowded’ dan jualan bersepah. Takut ada yang terleka tengok barang, kaki tersadung pula nanti. Mana taknya, tempat ni bukan jual segala jenis barangan saja tau. Ada persembahan dari geng busker juga. Suara dorang ni padu beb!



5. Desaru Fruit Farm

Sekiranya korang ingin bawa keluarga bercuti santai dan merasai suasana kampung, apa kata korang datang ke Desaru Fruit Farm. Kat sini ada pelbagai jenis pokok buah-buahan tempatan yang boleh diperkenalkan kepada anak-anak.  Kalau suka aktiviti lasak, boleh ambil pakej menunggang ATV masuk kebun buah. Jangan risau, aktiviti ini akan ditemani oleh seorang jurupandu terlatih. Nak main paint ball dan go kart pun boleh.



6. Desaru Ostrich Farm

Ladang burung unta ini sesuai dikunjungi bersama anak-anak. Terdapat lebih dari 300 ekor burung unta yang ditempatkan di sini. Kanak-kanak pasti excited dan gembira dapat tengok gelagat burung-burung ini dengan lebih dekat.

Kat sini ada ditunjukkan demo memecahkan telur burung unta. Bayangkan macam mana dorang nak pecahkan telur haiwan yang terbesar di dunia ini kan. Kalau nak rasa daging unta dan telur dadar burung unta pun boleh. Kat sini ada jual semuanya. Seronok!



7. Desaru Coast Adventure Water Park

Taman tema air yang terbaru di negeri Johor ini menjadi tarikan ramai dengan ‘water slide’ yang bertaraf dunia dan ‘roller coaster’ yang menjunam dari ketinggian 30m terus ke dalam kolam air. Memang best sangat beb! Oh ya, korang tahu tak kat sini ada ‘wave pools’ yang luas dan alunan ombaknya tu terasa bagai ada di tengah lautan pasifik.

Korang wajib datang sini cuti sekolah nanti ya. Tiket masuk ke taman tema ini untuk pemegang MyKad adalah RM130 untuk dewasa dan RM96 untuk kanak-kanak dan warga emas (MyKad). Tapi, korang boleh dapatkan harga special bila korang ambil pakej penginapan 3 hari 2 malam di Ghazrin’s Budget Hotel Pengerang. Jimat banyak tau. Jarak dari hotel ke taman tema ini hanya 30km sahaja.

Untuk pertanyaan dan tempahan, boleh terus whatsapp di sini https://ghazrinpengerang.wasap.my




04 June 2019

5 Tips Bahagia Beraya Dengan Mertua

Kebanyakan wanita akan rasa berdebar dan tak senang hati apabila tiba giliran beraya di rumah mertua.

Sama ada anda adalah menantu kesayangan atau tidak, perasaan dalam hati tu tetap tak sama macam beraya dengan mak sendiri kan.

Di bawah ini akak kongsikan tips untuk bantu anda rasa bahagia ketika bersama mertua.

.

1. Berikan hadiah

Sesekali berikanlah hadiah kepada mertua. Tak semestinya mahal, tapi berikan sesuatu yang berguna untuknya. Pemberian yang ikhlas pasti membuatkan mertua anda rasa diberi perhatian.

2. Jaga sikap

Biarpun kadangkala sikap ibu mertua menjengkelkan, jangan tunjuk rasa menyampah itu di hadapannya. Berpura-pura pun tidak mengapa, asal dapat merubah keadaan jadi lebih baik.

3. Lakukan kerja rumah

Usah berkira untuk lakukan kerja rumah seperti memasak, mengemas, membersihkan, atau apa saja yang mertua suka. Wanita yang rajin selalunya akan beri impak positif pada orang tua.

4. Bersikap baik dengan suami

Tunjukkan kepada mertua bahawa anda melayan anaknya dengan baik. Biar dia tahu bahawa anda adalah wanita yang tepat untuk anaknya. Kalau rasa nak bertengkar, jauhkan dari pandangan ibunya.

5. Cuba minta pendapatnya

Jika anda hadapi masalah, sesekali cuba minta pendapatnya. Walaupun pendapat itu tidak membantu, tapi cara ini akan membuat ibu mertua anda rasa diperlukan.

.

Semoga tips ini dapat membantu ya. Kongsikan dengan sahabat anda yang lain juga.

.

Wan Fazlina Wan Fhuad,
belum teringin nak ada mertua.

26 May 2019

7 Tips Urus Duit Bisnes Kecil


Tips ini hanyalah untuk anda yang baru mula berniaga atau sedang dalam perancangan untuk memulakan perniagaan pertama. Jika anda telah lama dalam bidang ini, sila dapatkan nasihat dari penasihat kewangan yang bertauliah ya.



1. Buka Akaun Syarikat

Orang bisnes wajib mengasingkan duit peribadi dan duit perniagaan. Walaupun anda bermula dengan berniaga kecil-kecilan, adalah lebih baik jika anda membuka akaun bank syarikat anda. Biarpun kos membuka akaun syarikat lebih mahal dari akaun peribadi, namun ia akan memudahkan anda untuk menguruskan kewangan syarikat kelak. Duit hasil perniagaan mestilah dimasukkan ke akaun tersebut, termasuklah urusan pembelian.

2. Catit dan Simpan Rekod Setiap Transaksi

Jika anda belum mempunyai sistem perakaunan (online), anda boleh mencatit semua transaksi pendapatan dan perbelanjaan menggunakan Microsoft Excel.  Rekod manual menggunakan buku juga boleh digunapakai. Namun, sebaik-baiknya rekod yang ada di buku harian anda dapat disimpan secara elektronik bagi tujuan perakaunan. Jika tidak, bagaimana untuk anda mengetahui untung rugi syarikat.

Penyata bank yang diterima secara bulanan perlu disimpan dengan baik. Melalui penyata ini anda boleh melihat kemampuan kewangan syarikat anda. Sekiranya anda ingin memohon pinjaman perniagaan kelak, penyata ini akan menjadi dokumen pertama yang akan disemak untuk menentukan sama ada syarikat layak ataupun tidak.

Penyata bank juga boleh diperolehi secara online dari sistem perbankan. Anda hanya perlu membuat permohonan (sekali sahaja) di bank. Selepas itu anda boleh akses maklumat akaun hanya menggunakan komputer, laptop atau telefon bimbit anda.

3. Rekod Belian dan Jualan

Kos belian adalah duit yang anda guna untuk membeli bahan atau barangan yang akan kita jual. Manakala duit jualan adalah duit yang anda terima daripada pelanggan. Rekodkan semua kos dengan lengkap dan simpan semua resit. Jika pembekal tidak mengeluarkan resit, tulis resit sendiri. Namun, setiap rekod mestilah mempunyai maklumat TARIKH, NAMA BARANG, NAMA PEMBELI, HARGA, DISKAUN (jika ada), KUANTITI.

Duit yang diterima hasil dari jualan perlu dimasukkan ke dalam akaun bank setiap hari atau sekerap yang boleh. Anda juga boleh meminta pembeli untuk membuat pembayaran terus ke akaun bank syarikat bagi memudahkan rekod.

4. Rekod Perbelanjaan

Kos perbelanjaan adalah duit yang digunakan untuk perbelanjaan lain SELAIN dari kos belian. Contohnya, kos pengangkutan, penghantaran, pembungkusan, percetakan, bil utiliti, sewa kedai, gaji pekerja, kos pemasaran, dan sebagainya.

NOTA:

Bagi bisnes kecil, cuba kurangkan penggunaan buku cek kerana pihak bank telah mengenakan caj tambahan bagi penggunaan tersebut. Proses untuk clear cek  juga mengambil masa. Cara yang lebih cepat dan mudah adalah melalui online banking. Rekod setiap transaksi lebih mudah dikesan pada bila-bila masa kita perlukan.

5. Duit Petty Cash

Duit petty cash atau duit tunai adalah duit yang dikeluarkan dari bank dan disimpan untuk tujuan kecemasan atau perkara-perkara yang memerlukan tunai segera. Namun, pemilik bisnes harus menetapkan jumlahnya untuk kegunaan dalam tempoh sebulan. Jumlah tersebut mestilah bersesuaian dengan operasi syarikat. Biasanya, ia dalam lingkungan RM100-RM1000.

6. Rekodkan Penggunaan Wang Peribadi Untuk Modal

Kebanyakan peniaga kecil memulakan perniagaan dengan menggunakan duit simpanan sendiri. Itu adalah perkara biasa kan. Namun begitu, ia haruslah direkod dengan tepat supaya anda tahu berapa banyak modal yang telah dikeluarkan untuk bisnes. Apabila ada keuntungan kelak, anda boleh mengambil semula wang ini dengan cara yang betul.

7. Rekodkan Penggunaan Wang Syarikat Untuk Peribadi

Pernah dengar orang sebut kegiatan ini sebagai rompak duit syarikat? Ya, inilah kebiasaan yang dilakukan oleh peniaga kecil. Saya pun buat macam ni satu ketika dulu.

It’s okay. Boleh juga macam tu. Cuma amalan ini dianggap ‘tidak sihat’ untuk kewangan syarikat. Walau macam mana pun, ia harus direkodkan dengan betul. Kegiatan ini dikira sebagai kita berhutang dengan syarikat. Maka, kita harus pulangkan semula jumlah tersebut dengan cara membayar sekaligus atau membuat potongan setiap bulan dari pendapatan yang kita terima dari syarikat.

.

Jadi selepas ini bolehlah anda simpan rekod perniagaan dengan betul ya. Lebih baik mulakan semuanya dengan betul ketika bisnes kita masih kecil. Ia akan lebih memudahkan bisnes kita untuk berkembang dengan cepat dan teratur. Percayalah.


Wan Fazlina binti Wan Fhuad,
masih dalam proses membetulkan apa yang salah.

Trust Me

Assalamualaikum dan salam mesra.

Lama betul rasanya tidak menulis di blog ini. Sejak berhenti kerja 3 tahun yang lalu, Kak Wan sibuk uruskan bisnes sendiri. Pada peringkat awal bisnes, macam-macam hal perlu dibuat, banyak ilmu bisnes yang perlu dipelajari dari hari ke hari.

Pengalaman bekerja makan gaji selama 20 tahun tak menjadikan Kak Wan seorang yang pandai menguruskan bisnes. Tambahan pula sekarang ni bisnes tak macam dulu. Kalau dulu kita boleh approach sesiapa saja untuk beritahu pasal barangan kita. Orang nak, belilah. Kalau tak nak, it's okay. Tapi business trend sekarang ni dah jauh berubah. Peniaga harus pandai memilih siapa yang benar-benar perlukan barangan yang dia jual. Kemudian, kena tarik perhatian dan minat mereka sehingga mereka sanggup membeli.

Kata kebanyakan mentor bisnes, peniaga harus pandai tarik perhatian bakal pelanggan untuk KNOW mengenai produk atau servis yang kita ada. Kemudian, tarik perhatian mereka supaya mereka LIKE apa yang kita tawarkan. Apabila kedua-dua ini wujud, maka akan terbinalah TRUST, iaitu kepercayaan bakal pelanggan terhadap jenama atau produk dan servis kita. Bila dah ada kepercayaan, maka mudahlah untuk kita jual apa yang kita ada.

Sebenarnya perjalanan bisnes ini lebih kurang sama macam hubungan manusia. Sebelum anda ambil keputusan untuk berkahwin, sudah tentu anda melalui proses mengenali satu sama lain, kemudian timbul rasa suka, dan lama kelaman datangnya rasa percaya. Baru buat keputusan nak kahwin kan?

Semua ini adalah proses yang panjang. Namun, ada juga peniaga yang bijak mengatur strategi sehingga mereka popular dan meningkat jadi jutawan dengan cepat. Ada yang kurang dari 1 tahun. Tapi, mereka ini bukanlah seperti peniaga biasa. Mereka adalah orang yang berusaha gila-gila. 

Sayangnya, setelah 3 tahun berlalu, Kak Wan masih belum jadi orang yang macam tu. Hik hik.

.

Wan Fazlina Wan Fhuad,
teringin nak jadi orang gila bisnes.